aaa

Saturday, March 30, 2013

Syabab,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesak mu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajar mu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kemantangan.

Wahai syabab,
Ketekunan mu mengoborkan cita-cita,
Semangat mu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menanti mu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Ayuh Syabab!!

Kali ini penulisan aku mengenai novel karya Ustazah Fatimah Syarha iaitu Novel Syabab Musafir Kasih. Aku rasakan novel ini dekat dengan jiwa aku. Bagaikan realiti budak kampung yang yatim di adaptasikan di dalam novel yang mampu memberikan seribu satu semangat, kekuatan kepada diri ini untuk terus berjuang di landasan yang di redhai. Kecekalan syabab di dalam novel ini umpama memberikan satu suntikan baru kepada insan yang kerdil ini dalam mengenai dunia yang sebenar.

Kesempatan ini juga aku ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat aku iaitu Rashid kerna belanja aku novel yang cukup bermakna ini. Pemberian ini aku sangat hargai dan aku hanya mampu ucapkan terima kasih di atas budi baik mu. InsyaAllah aku akan jaga novel ini, seperti mana aku jaga diri aku. Novel ini juga boleh dijadikan antara kenangan-kenangan persahabatan kita di dunia ini. Terima kasih Rashid.

Akhir kalam, Novel ini cukup menarik dan bermanfaat, walaupun aku belum baca habis lagi kerna aku dapat novel ini pun, baru sebentar tadi. Tapi aku pasti dan yakin, novel ini cukup bermanfaat. Tambahan pula di tulis oleh Ustazah Fatimah Syarha. Jadi, jika teman-teman meminati novel, tidak salah aku menpromosikan novel ini kepada teman-teman. Ok lah, itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih teman-teman.

No comments:

Post a Comment